Air & Nature

•July 1, 2011 • Leave a Comment

Gabungan elemen air dan nature

Eleman air ataupun water feature adalah amat baik sebagai sumber penyejuk semula jadi kepada taman  dan kesan bunyi dari jatuhan air boleh menjadi terapi yang berkesan. Boleh dikatakan water feature adalah eleman yang seharusya ada di setiap taman. Selain daripada menjadi penyejuk semula jadi ia juga memberikan nyawa kepada keseluruhan taman agar nampak lebih hidup.

 

Penataan warna water feature yang lebih ringkas

Pokok bogak yang diletakkan seperti di habitatnya sendiri agar nampak lebih natural

Ditambah lagi dengan eleman nature seperti akar pokok menjalar yang diperbuat dari simenferro

Tampak lebih kemas dan menarik

Pokok bogak yang diletakkan di depan pintu masuk mencipta ekspresi awal yang menarik sebelum melangkah  masuk ke kediaman

Menerusi  binaan pintu gerbang dan pokok, ia jelas memaparkan konsep taman bali tropika

2010 in review

•January 7, 2011 • Leave a Comment

The stats helper monkeys at WordPress.com mulled over how this blog did in 2010, and here’s a high level summary of its overall blog health:

Healthy blog!

The Blog-Health-o-Meter™ reads Minty-Fresh™.

Crunchy numbers

Featured image

A Boeing 747-400 passenger jet can hold 416 passengers. This blog was viewed about 1,500 times in 2010. That’s about 4 full 747s.

In 2010, there was 1 new post, growing the total archive of this blog to 7 posts. There were 5 pictures uploaded, taking up a total of 9mb.

The busiest day of the year was January 2nd with 30 views. The most popular post that day was Bogak II.

Where did they come from?

The top referring sites in 2010 were azhan.wordpress.com, search.conduit.com, nanpunya.wordpress.com, search.incredimail.com, and start.facemoods.com.

Some visitors came searching, mostly for pokok bogak, lanskap laman, lanskap laman rumah, kesinai, and pokok kesinai.

Attractions in 2010

These are the posts and pages that got the most views in 2010.

1

Bogak II December 2009
1 comment

2

Bogak (C.Clivicola) Tumbuhan Pra Sejarah November 2009

3

Bogak January 2010
1 comment

4

Sadrey Nursery November 2009

5

Kesinai – Apa yang perlu anda tahu December 2009

Bogak

•January 13, 2010 • 1 Comment

Pada hari Sabtu 9 Januari 2010, satu trip penghantaran pokok telah dilakukan ke Sg Kapar Indah. Demi menjamin kepuasan pelanggan. Pokok yang dibeli dipastikan selamat sampai dan diperagakan mengikut kesesuaian.

Lihatlah betapa hebatnya pokok bogak ini menjadi salah satu tarikan di pintu masuk. Meneduhkan persekitaran, memberi aura tersendiri. Satu kelainan yang pasti memikat sesiapa pun yang memandangnya.

Ketibaan ke lokasi.

Proses menaikkan pokok berhampiran pintu masuk rumah.

Akhirnya proses mengalihkan pokok dari Nursery ke rumah pelanggan selesai dengan jayanya. Pokok pun memang cantik dan ‘terletak’.

Keunikan sesebuah taman persendirian

•December 4, 2009 • Leave a Comment

Ada beberapa perkara yang membezakan laman kecil kita ‘berbeza’ dengan laman-laman orang lain di kawasan kejiranan kita. Antara perkara yang perlu dititikberatkan ialah :

1. Koleksi pokok atau tanaman

Pemilihan tanaman yang tepat dan bersesuaian dengan konsep taman adalah penting. Ada penggemar yang menyukai pokok seperti Kesinai dan Bogak menjadikan tanaman ini titik tumpu di taman mereka. Keunikan tanaman ini memang terserlah dan sudah semestinya menambahkan seri laman walaupun mempunyai kawasan atau ruang yang terhad. Pemilihan tanaman yang unik sudah semestinya menyuntik imej tersendiri dan menyerlahkan lagi seri taman anda.

2. Penggunaan pasu/tempayan

Trend penggunaan pasu-pasu besar begitu menyerlah sekarang. Corak pasu yang seragam akan menimbulkan suasana ‘kemas’ dan sedap mata memandang. Tempayan lama dan moden boleh disesuaikan dengan pemilihan tanaman anda.

3. Penggunaan batu-batuan

Objek batu-batuan akan memberikan kekuatan terhadap taman anda. Ianya berpadu bersama hijau dedaunan dan unsur-unsur alam.

4. Penggunaan kayu/tunggul hanyut

Sudah menjadi trend kayu atau tunggul lama diselitkan bersama diantara tanaman pasti akan menimbulkan kesan dramatik. Tunggul kayu mati kadang hanya dibiarkan berdiri menjadi ‘sculpture’ semulajadi dan dapat menyutik aura tersendiri kepada keseluruhan taman.

5. Unsur air

Air memberikan kesan kedamaian kepada minda kita. Titisan air lembut beralun dari tempayan lama di kolam kecil kita pastinya memberikan satu kepuasan yang tidak mampu dibayangkan dengan kata-kata. Ikan-ikan kecil seperti guppy yang berwarna-warna pasti menyerikan lagi elemen air yang kita miliki. Selain itu penggunaan tumbuhan air seperti colok cina/banat, papyrus serta teratai akan menguatkan lagi penggunaan unsur air di laman tropika.

Taman yang indah bergantung kepada kretiviti kita untuk menentukannya. Selamat mencuba!

Bogak II

•December 3, 2009 • 2 Comments

Sebahagian koleksi bogak dan tumbuhan yang ada di nursery. Penggunaan kayu di dalam pasu akan menambahkan lagi keaslian dalam seni tatarias tumbuhan.

Perhatikan pula keindahan bogak yang baru mula bertunas semula ini. Tunas daun muda mula tumbuh. Terdapat empat ke lima mata tunas yang pasti menawan bila daun baru telah lengkap sepenuhnya.

Kesinai – Apa yang perlu anda tahu

•December 2, 2009 • Leave a Comment

1. Kualiti pokok

Sepohon kesinai akan dikira bermutu tinggi jika memiliki pangkal atau perdu pokok yang tegap dan disusuli rimbunan batang serta dahan, selain kelompok daun yang tersusun rapi.

2. Kreativiti

Bagaimanapun, pohon berkenaan masih memerlukan sentuhan dan kreativiti selain jagaan rapi untuk memastikan dahan serta daunnya bercambah dengan baik dan menimbulkan aura seni bermutu tinggi.

3. Penjagaan

Sepohon kesinai di laman rumah memerlukan individu tersebut merapikan pokok iaitu meliputi kerja membentuk, memotong atau menggunting. Ini tidak termasuk menyiram pokok sekurang-kurangnya sehari sekali bagi mengelakkan kerosakan akar selain keguguran daun.

4. Tips!
Sekali-sekala, batang kesinai juga perlu dicuci bagi mengelak jangkitan kulat yang boleh menyebabkan pohon mati.

Sudahkah anda bersedia untuk menjadikan kesinai antara pokok kesayangan dan menjadi intaian para jiran tetangga yang mengkagumi keindahan dan keunikan tumbuhan yang berasal dari Perlis ini?

Indah, unik dan mempersona

•December 2, 2009 • Leave a Comment

Bogak dan kesinai saling bergandingan.

Liuk-lentuk bogak mengambarkan usia dan keunikannya. Idaman semua.

Hati siapa yang tidak tertawan.  Hijau menggapai awan.

Berminat?

Bogak (C.Clivicola) Tumbuhan Pra Sejarah

•November 30, 2009 • Leave a Comment

Bogak – C.Clivicola adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai struktur batang yang cukup menarik dan daun yang menyerupai tumbuhan palma. Di Negeri Perlis ia tumbuh liar di lereng-lereng bukit di Banjaran Nakawan dan Wang Mu, berhampiran sempadan Thailand. Kerana keistimewaannya ia merupakan pokok yang sesuai untuk dijadikan pokok hiasan laman. Bogak atau C.Clivicola adalah antara species tumbuhan tertua dimuka bumi ini yang mempunyai evolusi menyamai zaman dinasaur sekitar 200 juta tahun dahulu. Kerana sifat tumbuhan ini yang boleh hidup berzaman mengikut persekitaran sehingga masa ini maka ia lebih popular dengan gelaran ” The Living Fossil “. Di Malaysia ada tiga jenis Cycas yang popular iaitu, C.Clivicola, C.Litoralis dan C.Macrocarpa.

Pada masa ini Bogak adalah antara tumbuhan yang dikawal dan dilindungi agar kepupusannya dapat dikawal. Selain Perlis, Utara Negeri Kedah Dan Utara Negeri Perak merupakan habitat paling popular dimana pokok bogak ini boleh didapati. Keunikan pokok ini dan cerita disebaliknya membuatkan  species tumbuhan ini menjadi buruan dan idaman peminat tumbuhan di negara kita.

Pelbagai saiz bogak dengan keunikannya yang tersendiri pasti menawan hati anda ketika mengunjungi nursery kami.

Tips :

Bila pucuk mula bertunas, sejenis racun Malation perlu disembur bagi mengelakkan daripada pucuk rosak dimakan serangga seperti semut & beluncas.

Seni Tanaman Hiasan

•November 30, 2009 • Leave a Comment

Taman yang indah pasti menggamit pandangan, menjadi terapi kepada sesiapa sahaja yang memandang. Memiliki taman yang indah, mudah diuruskan dengan kos yang berpatutan pastinya menjadi idaman semua.

Nursery kami terletak di pekan Meru, Kapar Klang. Menyediakan segala kelengkapan pembinaan taman hiasan yang memenuhi keperluan anda. Koleksi tumbuhan bogak dan kesinai serta aneka saiz pasu yang sesuai untuk apa sahaja konsep taman yang anda inginkan.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :

En. Sadri

Email : sadrinursery@gmail.com

Hp : 013 664 5853 / 019 3446747

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.