RSS

Monthly Archives: December 2009

Keunikan sesebuah taman persendirian

Ada beberapa perkara yang membezakan laman kecil kita ‘berbeza’ dengan laman-laman orang lain di kawasan kejiranan kita. Antara perkara yang perlu dititikberatkan ialah :

1. Koleksi pokok atau tanaman

Pemilihan tanaman yang tepat dan bersesuaian dengan konsep taman adalah penting. Ada penggemar yang menyukai pokok seperti Kesinai dan Bogak menjadikan tanaman ini titik tumpu di taman mereka. Keunikan tanaman ini memang terserlah dan sudah semestinya menambahkan seri laman walaupun mempunyai kawasan atau ruang yang terhad. Pemilihan tanaman yang unik sudah semestinya menyuntik imej tersendiri dan menyerlahkan lagi seri taman anda.

2. Penggunaan pasu/tempayan

Trend penggunaan pasu-pasu besar begitu menyerlah sekarang. Corak pasu yang seragam akan menimbulkan suasana ‘kemas’ dan sedap mata memandang. Tempayan lama dan moden boleh disesuaikan dengan pemilihan tanaman anda.

3. Penggunaan batu-batuan

Objek batu-batuan akan memberikan kekuatan terhadap taman anda. Ianya berpadu bersama hijau dedaunan dan unsur-unsur alam.

4. Penggunaan kayu/tunggul hanyut

Sudah menjadi trend kayu atau tunggul lama diselitkan bersama diantara tanaman pasti akan menimbulkan kesan dramatik. Tunggul kayu mati kadang hanya dibiarkan berdiri menjadi ‘sculpture’ semulajadi dan dapat menyutik aura tersendiri kepada keseluruhan taman.

5. Unsur air

Air memberikan kesan kedamaian kepada minda kita. Titisan air lembut beralun dari tempayan lama di kolam kecil kita pastinya memberikan satu kepuasan yang tidak mampu dibayangkan dengan kata-kata. Ikan-ikan kecil seperti guppy yang berwarna-warna pasti menyerikan lagi elemen air yang kita miliki. Selain itu penggunaan tumbuhan air seperti colok cina/banat, papyrus serta teratai akan menguatkan lagi penggunaan unsur air di laman tropika.

Taman yang indah bergantung kepada kretiviti kita untuk menentukannya. Selamat mencuba!

 
Leave a comment

Posted by on December 4, 2009 in Umum

 

Bogak II

Sebahagian koleksi bogak dan tumbuhan yang ada di nursery. Penggunaan kayu di dalam pasu akan menambahkan lagi keaslian dalam seni tatarias tumbuhan.

Perhatikan pula keindahan bogak yang baru mula bertunas semula ini. Tunas daun muda mula tumbuh. Terdapat empat ke lima mata tunas yang pasti menawan bila daun baru telah lengkap sepenuhnya.

 
2 Comments

Posted by on December 3, 2009 in Uncategorized

 

Kesinai – Apa yang perlu anda tahu

1. Kualiti pokok

Sepohon kesinai akan dikira bermutu tinggi jika memiliki pangkal atau perdu pokok yang tegap dan disusuli rimbunan batang serta dahan, selain kelompok daun yang tersusun rapi.

2. Kreativiti

Bagaimanapun, pohon berkenaan masih memerlukan sentuhan dan kreativiti selain jagaan rapi untuk memastikan dahan serta daunnya bercambah dengan baik dan menimbulkan aura seni bermutu tinggi.

3. Penjagaan

Sepohon kesinai di laman rumah memerlukan individu tersebut merapikan pokok iaitu meliputi kerja membentuk, memotong atau menggunting. Ini tidak termasuk menyiram pokok sekurang-kurangnya sehari sekali bagi mengelakkan kerosakan akar selain keguguran daun.

4. Tips!
Sekali-sekala, batang kesinai juga perlu dicuci bagi mengelak jangkitan kulat yang boleh menyebabkan pohon mati.

Sudahkah anda bersedia untuk menjadikan kesinai antara pokok kesayangan dan menjadi intaian para jiran tetangga yang mengkagumi keindahan dan keunikan tumbuhan yang berasal dari Perlis ini?

 
Leave a comment

Posted by on December 2, 2009 in Kesinai

 

Indah, unik dan mempersona

Bogak dan kesinai saling bergandingan.

Liuk-lentuk bogak mengambarkan usia dan keunikannya. Idaman semua.

Hati siapa yang tidak tertawan.  Hijau menggapai awan.

Berminat?

 
Leave a comment

Posted by on December 2, 2009 in Bogak

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.