Kesinai – Apa yang perlu anda tahu
1. Kualiti pokok
Sepohon kesinai akan dikira bermutu tinggi jika memiliki pangkal atau perdu pokok yang tegap dan disusuli rimbunan batang serta dahan, selain kelompok daun yang tersusun rapi.
2. Kreativiti
Bagaimanapun, pohon berkenaan masih memerlukan sentuhan dan kreativiti selain jagaan rapi untuk memastikan dahan serta daunnya bercambah dengan baik dan menimbulkan aura seni bermutu tinggi.
3. Penjagaan
Sepohon kesinai di laman rumah memerlukan individu tersebut merapikan pokok iaitu meliputi kerja membentuk, memotong atau menggunting. Ini tidak termasuk menyiram pokok sekurang-kurangnya sehari sekali bagi mengelakkan kerosakan akar selain keguguran daun.
4. Tips!
Sekali-sekala, batang kesinai juga perlu dicuci bagi mengelak jangkitan kulat yang boleh menyebabkan pohon mati.
Sudahkah anda bersedia untuk menjadikan kesinai antara pokok kesayangan dan menjadi intaian para jiran tetangga yang mengkagumi keindahan dan keunikan tumbuhan yang berasal dari Perlis ini?


