RSS

Daily Archives: November 30, 2009

Bogak (C.Clivicola) Tumbuhan Pra Sejarah

Bogak – C.Clivicola adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai struktur batang yang cukup menarik dan daun yang menyerupai tumbuhan palma. Di Negeri Perlis ia tumbuh liar di lereng-lereng bukit di Banjaran Nakawan dan Wang Mu, berhampiran sempadan Thailand. Kerana keistimewaannya ia merupakan pokok yang sesuai untuk dijadikan pokok hiasan laman. Bogak atau C.Clivicola adalah antara species tumbuhan tertua dimuka bumi ini yang mempunyai evolusi menyamai zaman dinasaur sekitar 200 juta tahun dahulu. Kerana sifat tumbuhan ini yang boleh hidup berzaman mengikut persekitaran sehingga masa ini maka ia lebih popular dengan gelaran ” The Living Fossil “. Di Malaysia ada tiga jenis Cycas yang popular iaitu, C.Clivicola, C.Litoralis dan C.Macrocarpa.

Pada masa ini Bogak adalah antara tumbuhan yang dikawal dan dilindungi agar kepupusannya dapat dikawal. Selain Perlis, Utara Negeri Kedah Dan Utara Negeri Perak merupakan habitat paling popular dimana pokok bogak ini boleh didapati. Keunikan pokok ini dan cerita disebaliknya membuatkan  species tumbuhan ini menjadi buruan dan idaman peminat tumbuhan di negara kita.

Pelbagai saiz bogak dengan keunikannya yang tersendiri pasti menawan hati anda ketika mengunjungi nursery kami.

Tips :

Bila pucuk mula bertunas, sejenis racun Malation perlu disembur bagi mengelakkan daripada pucuk rosak dimakan serangga seperti semut & beluncas.

 
Leave a comment

Posted by on November 30, 2009 in Bogak

 

Seni Tanaman Hiasan

Taman yang indah pasti menggamit pandangan, menjadi terapi kepada sesiapa sahaja yang memandang. Memiliki taman yang indah, mudah diuruskan dengan kos yang berpatutan pastinya menjadi idaman semua.

Nursery kami terletak di pekan Meru, Kapar Klang. Menyediakan segala kelengkapan pembinaan taman hiasan yang memenuhi keperluan anda. Koleksi tumbuhan bogak dan kesinai serta aneka saiz pasu yang sesuai untuk apa sahaja konsep taman yang anda inginkan.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :

En. Sadri

Email : sadrinursery@gmail.com

Hp : 013 664 5853 / 019 3446747

 
Leave a comment

Posted by on November 30, 2009 in Umum