RSS

Bogak (C.Clivicola) Tumbuhan Pra Sejarah

30 Nov

Bogak – C.Clivicola adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai struktur batang yang cukup menarik dan daun yang menyerupai tumbuhan palma. Di Negeri Perlis ia tumbuh liar di lereng-lereng bukit di Banjaran Nakawan dan Wang Mu, berhampiran sempadan Thailand. Kerana keistimewaannya ia merupakan pokok yang sesuai untuk dijadikan pokok hiasan laman. Bogak atau C.Clivicola adalah antara species tumbuhan tertua dimuka bumi ini yang mempunyai evolusi menyamai zaman dinasaur sekitar 200 juta tahun dahulu. Kerana sifat tumbuhan ini yang boleh hidup berzaman mengikut persekitaran sehingga masa ini maka ia lebih popular dengan gelaran ” The Living Fossil “. Di Malaysia ada tiga jenis Cycas yang popular iaitu, C.Clivicola, C.Litoralis dan C.Macrocarpa.

Pada masa ini Bogak adalah antara tumbuhan yang dikawal dan dilindungi agar kepupusannya dapat dikawal. Selain Perlis, Utara Negeri Kedah Dan Utara Negeri Perak merupakan habitat paling popular dimana pokok bogak ini boleh didapati. Keunikan pokok ini dan cerita disebaliknya membuatkanĀ  species tumbuhan ini menjadi buruan dan idaman peminat tumbuhan di negara kita.

Pelbagai saiz bogak dengan keunikannya yang tersendiri pasti menawan hati anda ketika mengunjungi nursery kami.

Tips :

Bila pucuk mula bertunas, sejenis racun Malation perlu disembur bagi mengelakkan daripada pucuk rosak dimakan serangga seperti semut & beluncas.

 
Leave a comment

Posted by on November 30, 2009 in Bogak

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: