RSS

Keunikan sesebuah taman persendirian

04 Dec

Ada beberapa perkara yang membezakan laman kecil kita ‘berbeza’ dengan laman-laman orang lain di kawasan kejiranan kita. Antara perkara yang perlu dititikberatkan ialah :

1. Koleksi pokok atau tanaman

Pemilihan tanaman yang tepat dan bersesuaian dengan konsep taman adalah penting. Ada penggemar yang menyukai pokok seperti Kesinai dan Bogak menjadikan tanaman ini titik tumpu di taman mereka. Keunikan tanaman ini memang terserlah dan sudah semestinya menambahkan seri laman walaupun mempunyai kawasan atau ruang yang terhad. Pemilihan tanaman yang unik sudah semestinya menyuntik imej tersendiri dan menyerlahkan lagi seri taman anda.

2. Penggunaan pasu/tempayan

Trend penggunaan pasu-pasu besar begitu menyerlah sekarang. Corak pasu yang seragam akan menimbulkan suasana ‘kemas’ dan sedap mata memandang. Tempayan lama dan moden boleh disesuaikan dengan pemilihan tanaman anda.

3. Penggunaan batu-batuan

Objek batu-batuan akan memberikan kekuatan terhadap taman anda. Ianya berpadu bersama hijau dedaunan dan unsur-unsur alam.

4. Penggunaan kayu/tunggul hanyut

Sudah menjadi trend kayu atau tunggul lama diselitkan bersama diantara tanaman pasti akan menimbulkan kesan dramatik. Tunggul kayu mati kadang hanya dibiarkan berdiri menjadi ‘sculpture’ semulajadi dan dapat menyutik aura tersendiri kepada keseluruhan taman.

5. Unsur air

Air memberikan kesan kedamaian kepada minda kita. Titisan air lembut beralun dari tempayan lama di kolam kecil kita pastinya memberikan satu kepuasan yang tidak mampu dibayangkan dengan kata-kata. Ikan-ikan kecil seperti guppy yang berwarna-warna pasti menyerikan lagi elemen air yang kita miliki. Selain itu penggunaan tumbuhan air seperti colok cina/banat, papyrus serta teratai akan menguatkan lagi penggunaan unsur air di laman tropika.

Taman yang indah bergantung kepada kretiviti kita untuk menentukannya. Selamat mencuba!

 
Leave a comment

Posted by on December 4, 2009 in Umum

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: